salam alayk~
siapa pernah jatuh cinta? cepat angkat tangan..tapi jangan tinggi tinggi tau..sebab.......uhukz! =P tak kira la jatuh cinta dengan tukang kebun sekolah korang atau pak cik yang berniaga aiskrim atau jiran korang punya anak..hmm~ sebenarnyalah kan..jatuh cinta ni ada hormon-hormon dia..hormon-hormon ni lah yang membuat manusia HILANG ARAH =_= kita tengok hormon-hormon yang terlibat jom !
sama seperti yang dihasilkan oleh ratu lebah untuk mengenali jenis lebah dari kawananya. Jika kamu dambakan seseorang, maka tubuh akan secara automatik mengeluarkan wangian khusus. Jika yang dicintai merasa sesuai dengan wangian tersebut, maka cinta pun akan berbalas. # wangian ni tak termasuk kentut okey..huh!
hormon yang membuat seseorang merasa ingin selalu dipeluk atau dicium oleh orang yang anda sukai. Sangat berpengaruh dalam mendekatkan hubungan. # hormon ni agak bahaya kan sebenarnya..kalau dah jumpa tu habis semua dibantainya! hampeh~ harap harap hormon korang yang ni bertindak balas bila dah betul betul tiba masanya,okey..i mean bila dah kahwinla..hmm~
hormon yang mempengaruhi tingkah laku seksual seseorang dan tingkat kesetiaannya. Semakin tinggi kadar vasopressin, maka orang tersebut akan semakin setia kepada pasangannya. # hamboi! teringat time buat kesimpulan subjek sains masa darjah 6 dulu..semakin tinggi bilangan karnivor, semakin sedikit bilangan omnivor dan herbivor =_=
pernah dengar istilah bahawa orang akan kelihatan berseri-seri dan bertambah cantik apabila sedang jatuh cinta? Hormon inilah yang bekerja pada penampilan fizikal sehingga membuat seseorang menjadi seperti itu. Jadi, jika ingin kelihatan lebih cantik atau bersinar, jangan ragu untuk jatuh cinta. # tak pernah dengar pun berseri-seri sebab jatuh cinta..berseri-seri sebab 'seri pengantin' ada la kot..uhukz! so, kalau nak jadi cantik..jatuhlah cinta! [macam jatuh apa je ~_~] tapi tapi..jangan beritahu orang tu tau..simpan baik baik..kalau nak masuk propose,baru beritahu..kan3? tiba tiba teringat pulak dekat quotes ust azhar idrus..jangan buat perempuan jatuh cinta,kalau anda tak cintakan dia..cam cam ni la bunyinya..emm~
hormon pemetik semangat. Membantu aliran darah untuk mengalir lebih cepat sehingga tubuh merasa bertenaga dan gembira. Disebabkan hormon ini, maka orang yang sedang jatuh cinta akan merasa happy dan ceria sentiasa. # macam drama petang petang tu..'awak la sumber kekuatan saya..tanpa awak saya takkan mampu nak berjalan di atas muka bumi ni...saya perlu sokongan awak '..cam cam tu la..alaa~ jalan je la sendiri..kan pakai kaki masing-masing..huh~
No comments:
Post a Comment