Monday, February 27, 2012

GIRL ?



When a GIRL is quiet,
Millions of things are running in her mind
When a GIRL is not arguing,
She is thinking deeply
When a GIRL looks at u with eyes full of
questions,
She is wondering how long you will be
around
When a GIRL answers "i'm fine" after a
few seconds,
She is not at all fine
When a GIRL stares at you,
She is wondering why you are lying
When a GIRL lays on your chest,
She is wishing for you to be hers forever
When a GIRL calls you everyday,
She is seeking for your attention
When a GIRL sms's u everyday,
She wants you to reply at least once
When a GIRL says I love you,
She means it
When a GIRL says that she can't live
without you,
She has made up her mind that you are
her future
When a GIRL says "i miss you",
No one in this world can miss you more
than that.

Tuesday, February 21, 2012

Mahar Cinta - Devotees

Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara di hatiku melagukan rindu
Kiranya engkau mampu mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terucap

Pasti dirimu kan memahami
Harapan kasih yang terbina
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu

Bukanlah aku sengaja
Melindungi rasa di jiwa
Namun bimbang diri kan terleka
Hanyut dibuai angan dan mimpi indah
Hingga terabai segala cita
Sedang khayalan tak menjanjikan
Segunung kebahagiaan
Sebagai mahar hantaran

Apakah mungkin engkau mengerti
Setiap cinta yang dilafazkan
Bukanlah sekadar mainan
Tetapi sebuah janji

Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara dihatiku melagukan rindu
Kiranya engkau bias mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terungkap

Pasti dirimu dapat melihat
Rahsia kasih yang terpendam
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu
Selamanya..

Sunday, February 19, 2012

an-nisa' : 34

laki-laki (suami) itu pelindung bagi perempuan (isteri), kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka dari sebahagian yang lain (perempuan), dan kerana mereka (laki-laki) telah memberikan nafkah dan hartanya. Maka perempuan-perempuan yang solehah, adalah mereka yang taat (kepada Allah) dan menjaga diri ketika (suaminya) tidak ada, kerana Allah telah menjaga (mereka). Perempuan-perempuan yang kamu khuatirkan akan nusyuz, hendaklah kamu beri nasihat kepada mereka, tinggalkanlah mereka di tempat tidur (pisah ranjang), dan (jika perlu) pukullah mereka. Tetapi jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari alasan untuk menyusahkannya. Sungguh Allah Maha Tinggi,Maha Besar.


> lihatlah cara Islam menghukum~ 

 

Friday, February 17, 2012

ali-imran : 154

kemudian setelah kamu ditimpa kesedihan, Dia menurunkan rasa aman kepadamu (berupa) kantuk yang meliputi segolongan dari kamu, sedangkan segolongan lagi telah dicemaskan oleh diri mereka sendiri ; mereka menyangka yang tidak benar terhadap Allah seperti sangkaan jahiliah. Mereka berkata adakah sesuatu yang dapat kita perbuat dalam urusan ini? (katakanlah Muhammad), " Sesungguhnya segala urusan itu ditangan Allah."  Mereka menyembunyikan di dalam hatinya apa yang tidak mereka terangkan kepadamu. Mereka berkata, " sekiranya ada sesuatu yang dapat kita perbuat dalam urusan ini,niscaya kita tidak akan dibunuh (dikalahkan) di sini." Katakanlah (Muhammad), " Meskipun kamu ada di rumahmu,niscaya orang-orang yang telah ditetapkan akan mati terbunuh itu keluar (juga) ke tempat mereka terbunuh." Allah (berbuat demikian) untuk menguji apa yang ada di dadamu dan untuk membersihkan apa yang ada dalam hatimu. Dan Allah Maha Mengetahui isi hati.


> mati itu pasti < 

Wednesday, February 15, 2012

untukmu wanita ^^

ya اَللّهُ, mengapa wanita sering menangis? 


Jwbnya: Kerana wanita itu unik.
 

Aku ciptakan ia sbg makhluk istimewa,
 

KU kuatkan bahunya utk menjaga anak2nya,
 

... KU lembutkan hatinya utk memberi rasa aman,
 
KU kuatkan rahimnya utk menyimpan benih manusia, 
KU teguhkan peribadinya utk terus berjuang saat yg lain menyerah, 
KU beri dia naluri utk mencintai anak2 dlm keadaan apapun, 
KU kuatkan batinnya utk ttp menyayangi walau dikhianati oleh teman, 
walau disakiti oleh "orang" yang ia sayangi 
Wanita mahluk kuat, 
tapi jika satu saat dia menangis itu kerana KU beri dia air mata utk membasuh luka 
batin dan memberi kekuatan baru.





sumber: mukabuku 

Mestica feat. In-Team - Kerana Cinta


cinta itu cahaya sanubari
kurniaan Tuhan fitrah insani
dan di mana terciptanya cinta
di situ rindu bermula
cinta itu tidak pernah meminta
tetapi memberi sepenuh rela
rasa bahagia biarpun sengsara
berkorban segala-gala
semua kerana cinta
yang pahit manis di rasa
menghibur nestapa
merawat duka
damai di jiwa
terpadamlah api benci permusuhan
terjalinlah kasih sayang begitulah cinta
yang diidamkan tanpa nafsu yang mencemarkan
dan jangan kita pula
kerana bercinta kita pun leka
dan jangan pula kerana bercinta
tergadai semua maruah agama
cinta yang sejati
hanya cintakan illahi
cinta ayah bonda
tulus suci selamanya
cintakan saudara
hanya sementara
serta sesama insan
suburkan dengan ketakwaan..

Monday, February 13, 2012

hormon-hormon jatuh cinta

salam alayk~
siapa pernah jatuh cinta? cepat angkat tangan..tapi jangan tinggi tinggi tau..sebab.......uhukz! =P tak kira la jatuh cinta dengan tukang kebun sekolah korang atau pak cik yang berniaga aiskrim atau jiran korang punya anak..hmm~ sebenarnyalah kan..jatuh cinta ni ada hormon-hormon dia..hormon-hormon ni lah yang membuat manusia HILANG ARAH =_= kita tengok hormon-hormon yang terlibat jom ! 


  •  Pheromones
sama seperti  yang dihasilkan oleh ratu lebah untuk mengenali jenis lebah dari kawananya. Jika kamu dambakan seseorang, maka tubuh akan secara automatik mengeluarkan wangian khusus. Jika yang dicintai merasa sesuai dengan wangian tersebut, maka cinta pun akan berbalas. # wangian ni tak termasuk kentut okey..huh!

  • Oxytocin 
hormon yang membuat seseorang merasa ingin  selalu dipeluk atau dicium oleh orang yang anda sukai. Sangat berpengaruh dalam mendekatkan hubungan. # hormon ni agak bahaya kan sebenarnya..kalau dah jumpa tu habis semua dibantainya! hampeh~ harap harap hormon korang yang ni bertindak balas bila dah betul betul tiba masanya,okey..i mean bila dah kahwinla..hmm~

  • Vasopressin
hormon yang mempengaruhi tingkah laku seksual seseorang dan tingkat kesetiaannya. Semakin tinggi kadar vasopressin, maka orang tersebut akan semakin setia kepada pasangannya. # hamboi! teringat time buat kesimpulan subjek sains masa darjah 6 dulu..semakin tinggi bilangan karnivor, semakin sedikit bilangan omnivor dan herbivor =_=

  • Dopamine
pernah dengar istilah bahawa orang akan kelihatan berseri-seri dan bertambah cantik apabila sedang jatuh cinta? Hormon inilah yang bekerja pada penampilan fizikal sehingga membuat seseorang menjadi seperti itu. Jadi, jika ingin kelihatan lebih cantik atau bersinar, jangan ragu untuk jatuh cinta. # tak pernah dengar pun berseri-seri sebab jatuh cinta..berseri-seri sebab 'seri pengantin' ada la kot..uhukz! so, kalau nak jadi cantik..jatuhlah cinta! [macam jatuh apa je ~_~] tapi tapi..jangan beritahu orang tu tau..simpan baik baik..kalau nak masuk propose,baru beritahu..kan3? tiba tiba teringat pulak dekat quotes ust azhar idrus..jangan buat perempuan jatuh cinta,kalau anda tak cintakan dia..cam cam ni la bunyinya..emm~


  •  Neuropinephrine
hormon pemetik semangat. Membantu aliran darah untuk mengalir lebih cepat sehingga tubuh merasa bertenaga dan gembira. Disebabkan hormon ini, maka orang yang sedang jatuh cinta akan merasa happy dan ceria sentiasa. # macam drama petang petang tu..'awak la sumber kekuatan saya..tanpa awak saya takkan mampu nak berjalan di atas muka bumi ni...saya perlu sokongan awak '..cam cam tu la..alaa~ jalan je la sendiri..kan pakai kaki masing-masing..huh~ 





tiada yang milik kita



" aku mencintaimu kerana Allah ”
Apa yang membuatmu mempercayai kata-kataku?
Aku rasa bukan kerana aku menuruti semua mahumu
Dan membiarkan kau melakukan apapun yang kau suka bukan?
Bukan… aku rasa bukan itu…
...
Maka akan aku katakan “Aku mencintaimu kerana Allah”…
Ketika aku menyayangimu kerana akidahmu …
Ketika aku meluruskanmu kerana tak ingin kau berbelok arah …
Ketika aku mendo’akanmu tanpa pengetahuanmu …
Ketika aku berlapang dada dengan teguranmu …
Ketika aku tersenyum untuk kebahagiaanmu …
Ketika aku menguatkan saat kau mulai terjatuh …
Ketika aku sekuat tenaga tanpa jemu membantumu ..
Ketika sahutan salam menyapa saat kita bertemu …
Ketika aku begitu cepat melupakan kesalahanmu …
Ketika aku membuka lebar-lebar pintu maaf untukmu …
Ketika aku menjaga rahsiamu …
Ketika kita duduk bersama dan pembicaraan kita selalu tertuju untuk kebaikan …
Dan Ketika terkadang aku perlu melepasmu dengan penuh keikhlasan …



# copy and paste dari blog persada perjuangan  tapi ada edit sikit2..uhukz! =)

Friday, February 10, 2012

date with rean

salam alayk~
okey, harini happy sungguh sebab akhirnya dapat jugak aq jumpa kawan aq yang sorang ni..huh..tu la..sapa suruh hang pi blajaq jauh2..kan dah susah nak jumpa..[alah,kawan2 yang dekat pun belum tentu dapat jumpa selalu gak sebenarnya..brr~] rasa serba salah pun ada sebab member ni baru je balik dari holiday malam semalam, tiba2 harini nak keluar lagi..dia kata okey,aq pun on jela..wee~ 
date kali ni cuma kita 2 orang  je..amacam? sweet tak? ahakz! ni semua sebab member2 yang lain dah jumpa dia..cuma aq je belum..eh,yeke? =P okey..macam biasa, naik motor..vroomm!! destinasiku: kedai dekat2 dataran tangkak..sampai kat satu tempat tu kan,nak belok kanan tau..mmg dah himpit ke tengah da..tiba2..POOONNN!!! mak aih~ bingit ler..okey, aq lupa bagi signal..[padahnya dah lama tak bawak motor =_=] lepas belok try tengok belakang..BAS,ter~ mujur tak arwah..alhamdulillah T_T 
dah park motor, kiteorang jalan kaki pegi KFC..hoho ^^ rean belanja! memang full tank dah perut..[weh,sory..ayam tu aq tak larat nak habiskan..kau marah tak?] lepas makan, rean bawak aq pergi beijing..through the pic je,okey..huhu..memang best la..then,before balik kan, TARAA!! apa omputih panggil..saguhati..haa~ saguhati.. XD


I LOVE BEIJING ^^ dah set nak bawak balik KUIM..ahakz! XD




tak ingat la ni maskot apa..huhu..mula2 ingat nak ambil yang kecik je..tiba2 rean suruh ambil yang besar jugak..tengah pikir nak sangkut kat mana ni..wink2~



pukul 3 lebih sampai kul 6 gak la kat KFC tu..fuhh!! memang nice~ an..thanks yang teramat sangat untuk harini..happy weh..tak tipu..                                                                        [ ^____^ ] THANKS!
 

Wednesday, February 8, 2012

tanda-tanda kematian


100 hari sebelum hari mati. 

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya
akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya.
Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma
samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku
lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut
sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan
mengigil.
Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika
diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut
seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar
dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka
getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan
kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau
mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal
kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang
munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah
peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk
mempersiapkan diri dengan amalan dan
urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.


40 hari sebelum hari mati. 

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita
akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita
akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka
malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat
persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti
kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan
memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka
yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk
mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan
dicabutnya.

7 hari. 

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan
musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-
tiba
ianya berselera untuk makan.

3 hari. 

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita
iaitu
diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka
berpuasalah
kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis
dan ini
akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika
ini
juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang
sakit
hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita
melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian
hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang
terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

1 hari. 

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu
denyutan
di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini
menandakan kita
tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk
di
bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan
naik ke
bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah
syahadah
dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk
menjemput
kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan
sekarang
akan mematikan pula.

quotes lagi


Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia yang jujur. Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh dengan agama Allah. (Surah Al-Baqarah:214)


"Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sahajalah tempat meminta pertolongan" (Surah Yusuf:18)



"Dan berbuatlah kamu akan kebaikan supaya kamu mendapat kemenangan." (Surah al-Hajj:77)





Ada empat jenis manusia, iaitu :-
a. Manusia yang tahu, tetapi tidak tahu
bahawa dia tahu. Itulah orang yang lalai.
Oleh itu berilah mereka peringatan.
b. Manusia yang tidak tahu, dan tidak tahu bahawa
dia tidak tahu. Itulah orang yang bodoh dan degil.
Oleh itu, tinggalkanlah mereka.
c. Manusia yang tidak tahu dan tahu bahawa dia tidak tahu.
Itulah orang yang jahil. Oleh itu, ajarlah mereka.
d. Manusia yang tahu dan dia tahu bahawa dia tahu.
Itulah orang yang berilmu. Oleh itu, ikutilah mereka.
- Al Khalil ibn Ahmadal Farahidi -

Monday, February 6, 2012

h.i.d.u.p


berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia..
sedekahkanlah satu senyuman walau di hatimu tak lagi mampu bertahan..
belajarlah memaafkan walau dirimu terluka..
berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran..
hiduplah dalam iman walau hari dipenuhi dugaan..
dan..
berpeganglah pada Allah walau Dia tidak kelihatan..
bukti kasihNya,kita wujud didunia pinjaman ini..
ada sebab bila berlaku sesuatu perkara dan yakinlah Tuhan menguji setiap hambanya yang mengaku beriman kpadaNya..
jangan terlalu bnyak berkhayal untuk menjadi yang terbaik kerana hidup tidak semudah itu..
perihal kehidupan adalah sebagai cermin dalam menilai sebuah pengabdian yang hakiki lagi abadi..
moga lelahmu dihargai Ilahi..

Saturday, February 4, 2012

haa!

salam alayk~
> cuti seminggu kini bermula..
> duduk rumah,tak tau ke mana..
> lagi apa ek? owh, kepada yang kurang sihat..jangan lupa makan ubat =_=
> kbai..

Wednesday, February 1, 2012

pesan pada hati

salam alayk~
untuk post yang ni, 
aq kreditkan pada aqilah.. 
bila baca tadi..memang aq dah pesan pada hati ni..
ermm~ 





Pesan pada hati..
Jangan terlalu menyayangi
kerana bimbang hati akan lebih disakiti



Pesan pada hati..
Jangan terlalu membandingi
terimalah dia seikhlas hati
kerana dia punya cara yang tersendiri




Pesan pada hati..
kalau rindu,jangan ditangisi
kerana hadirnya dia untuk mengisi kekosongan hati



Pesan pada hati..
jangan mengharap pada yang tak pasti
kerana kelak kau akan tercari-cari



Pesan pada hati..
andai kelak bukan dia di sisi
ikhlaskan hati untuk biarkan dia pergi
kerana JODOHMU telah tersurat PASTI..








 >  CINTA ITU KURNIAAN TUHAN FITRAH INSANI  <




segalanya tentang hati

salam alayk.. 
korang renung la words ni baik2 k..hmm~


✿ܓ♡“ Tidαk bergunα αdαnγα мαtα αndαi tidαk dαραt мelihαt, tαk gunα αdαnγα hαti


kαlαu tαk tαhu мenilαi. Nilαilαh hαti itu dengαn teliti sebeluм ρergi мengundur diri


kerαnα segαlαnγα berмulα dengαn niαt γg berteмραt di hαti.. Tidαk αdα γg dαραt


мenolαk ketentuαn αllαh kecuαli doα ... kerαnα dαlαм hαdith αdα мenγebut αмbillαh


αρα γg ρertαмα digerαkkαn oleh hαti selepαs istikhαrαh itu & serαhkαn keρutusαn


seρenuhnγα keραdα Allαh s.w.t... ”♡ ✿ܓ 

cinta si baju kurung dan cinta si baju melayu

salam alayk~
2 hari sebelum berlangsungnya event 'cinta si baju kurung dan cinta si baju melayu'  tu..kawan2 dah heboh bersemangat nak pegi..nama program macam show je an..best memang best..tapi..malam plak eventnye, buat dekat auditorium yang jauhnya bagai nak alam dari rumsis siswi plak tu..memang tak la nak pegi an..[budak pemalas memang macam ni XD] 
program tu start pukul 8.30..oleh kerana kawan2 sebilik dah siap bila jam menunjukkan pukul 8..baru aq perasan..eh,aq tinggal sorang la kalau aq tak pegi..brr~ [senior ada je sebenarnya=_=]  then guess what..



 member: zaty,kau confirm ke tak nak pegi ni? takpe ke tinggal sorang2?
aq: takpelah..korang pegi jelah..aq ingat nak prepare untuk kelas BI esok la..[padahal malas nak jalan kaki=_=]
member: aq hantar kau naik motor la..nak?
aq: eh,betul ke ni? nak3! ngee~
member: ngada2 betol la..=='




maka nak dijadikan cerita, sampai jugaklah aq di audi tu..mak aih! ramainyer..[tengok tajuk event la,ter =P] penganjur bajet kehadiran 350 orang je..sekali yang datang 700+  ..maka b'himpit2 la dalam audi tu..seronoknya ^^

hasil daripada program tu..apa yang dapat aq simpulkan ialah..
1. persembahan nasyid dia best !_!                                                                                  
2. kalau pihak kolej nak buat program lagi lepas ni, pastu nak ajak orang datang ramai2..bagilah nama tajuk program tu ada kena mengena dengan cinta..confirm penuh punya =_= 
3. dalam berkasih sayang,apa yang penting ialah mawaddah wa rahmah.. mawaddah ni macam kasih sayang la..then rahmah tu belas kasihan..ustaz tu cakap..kalau ada sayang je,tapi tak de belas kasihan pun tak jadi jugak..contohnya la kan..kalau pasangan tu dah berkahwin sepuluh tahun..kasih sayang tu mungkin semakin berkurangan dari hari ke hari..tapi bila adanya belas kasihan pada anak2 ,maka di situlah peranan rahmah tu tadi tergambar..bila kesian dekat anak2 tu,maka lahirlah semula sayang tu tadi..
k,sampai sini jela kot..
* untuk anda: kirim salam kat ustazah fatimah syarha ea..jeles tak habis lagi ni =_=