cinta si baju kurung dan cinta si baju melayu
salam alayk~
2 hari sebelum berlangsungnya event 'cinta si baju kurung dan cinta si baju melayu' tu..kawan2 dah heboh bersemangat nak pegi..nama program macam show je an..best memang best..tapi..malam plak eventnye, buat dekat auditorium yang jauhnya bagai nak alam dari rumsis siswi plak tu..memang tak la nak pegi an..[budak pemalas memang macam ni XD]
program tu start pukul 8.30..oleh kerana kawan2 sebilik dah siap bila jam menunjukkan pukul 8..baru aq perasan..eh,aq tinggal sorang la kalau aq tak pegi..brr~ [senior ada je sebenarnya=_=] then guess what..
member: zaty,kau confirm ke tak nak pegi ni? takpe ke tinggal sorang2?
aq: takpelah..korang pegi jelah..aq ingat nak prepare untuk kelas BI esok la..[padahal malas nak jalan kaki=_=]
member: aq hantar kau naik motor la..nak?
aq: eh,betul ke ni? nak3! ngee~
member: ngada2 betol la..=='
maka nak dijadikan cerita, sampai jugaklah aq di audi tu..mak aih! ramainyer..[tengok tajuk event la,ter =P] penganjur bajet kehadiran 350 orang je..sekali yang datang 700+ ..maka b'himpit2 la dalam audi tu..seronoknya ^^
hasil daripada program tu..apa yang dapat aq simpulkan ialah..
1. persembahan nasyid dia best !_!
2. kalau pihak kolej nak buat program lagi lepas ni, pastu nak ajak orang datang ramai2..bagilah nama tajuk program tu ada kena mengena dengan cinta..confirm penuh punya =_=
3. dalam berkasih sayang,apa yang penting ialah mawaddah wa rahmah.. mawaddah ni macam kasih sayang la..then rahmah tu belas kasihan..ustaz tu cakap..kalau ada sayang je,tapi tak de belas kasihan pun tak jadi jugak..contohnya la kan..kalau pasangan tu dah berkahwin sepuluh tahun..kasih sayang tu mungkin semakin berkurangan dari hari ke hari..tapi bila adanya belas kasihan pada anak2 ,maka di situlah peranan rahmah tu tadi tergambar..bila kesian dekat anak2 tu,maka lahirlah semula sayang tu tadi..
k,sampai sini jela kot..
* untuk anda: kirim salam kat ustazah fatimah syarha ea..jeles tak habis lagi ni =_=
No comments:
Post a Comment