Friday, September 6, 2013

Allah pesan. =')







Sesungguhnya TUHANMU MELAPANGKAN REZEKI kepada siapa yang Dia kehendaki dan menyempitkannya ; sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Melihat akan hamba-hambaNya. [17:30]








Dan JANGANLAH KAMU MENGIKUTI apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati nurani, semuanya itu akan diminta pertanggungjawabannya. [17:36] 






Dan JANGANLAH KAMU BERJALAN di muka bumi ini DENGAN SOMBONG, kerana sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembusi bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung. [17:37]

Sunday, August 25, 2013

post ni untuk awak. ye, untuk awak.

assalamualaikum.

mohon ditetapkan hati dan dikawal nafsu ini. tujuan entri ni ditulis bukan untuk menyakiti atau disakiti. tapi cukuplah kalau saya cakap, saya perlu cakap. 

apa anda rasa kalau ada someone yang masih lagi ingat pada tunang/suami anda sedangkan kisah mereka sebenarnya telah berakhir lama sebelum anda mengenali tunang/ suami anda tu? disini terdapat beberapa jawapan saya bagi mewakili pemikiran anda.

pertama:
perempuan tu tak tahu malu sebab nak orang yang dah taknak kat dia. merujuk persoalan tadi, contoh situasi, perhubungan tunang/suami anda itu telah tamat dengannya sebelum perhubungan antara anda dan tunang/suami anda terjalin. jadi permasalahannya disini, pasti ada sesuatu yang berlaku antara mereka sebelum tunang/suami anda itu mengambil keputusan untuk memilih anda sebagai penggantinya. jadi persoalan si ex mencari semula tunang/suami anda itu tidak patut wujud seandainya si ex tahu bahawa tunang/suami anda itu telah pun diiktiraf secara logiknya menjadi milik anda. apa yang berlaku sekiranya si ex masih lagi tidak faham? DOAKAN. yes, itu yang terbaik. kerana hati itu milik Tuhan. Tuhan jugalah yang membolak-balikkan hati. mohon si ex sedar kenyataan. 

kedua:
rasa bangga. kerana apa saya menyatakan sedemikian ialah kerana anda telah pun memiliki tunang/suami anda itu dengan cara dicari dan bukannya mencari seperti si ex itu tadi. konsepnya di sini pastikan anda dicari, bukan mencari. post ni sesuai untuk kaum wanita sebab wanita ada harga diri. tak perlu terhegeh-hegeh pada yang tak sudi. teringat kata2 seorang ustaz bila menulis prinsip ni.

ketiga:
rasa tak patut. adakah anda yang menjadi penyebab hubungan mereka terputus sedangkan hubungan antara mereka telah pun tamat sebelum hubungan antara anda dan tunang/suami anda itu terjalin lagi? jawapannya sudah tentu tidak. jadi mengapa anda diganggu sedangkan sebelum ini anda tidak pernah mengganggu hubungan mereka berdua? jawapannya ada pada si ex. mohan Tuhan bukakan mata hatinya bahawa pemusnah takkan boleh hidup tenang.

ada tiga jawapan dari pihak saya untuk mewakili jawapan anda. saya juga manusia seperti anda. ada hati, ada perasaan. jangan buat perkara yang orang tak suka jika anda tak mahu orang buat perkara yang anda tak suka. itu sahaja nasihat saya. kepada anda yang masih lagi stalker page saya atau sebagainya, mohon berhenti berbuat demikian kerana menyakiti hati sendiri itu merupakan perkara yang dibenci Tuhan. mohon Allah permudahkan urusan saya dan anda. mohon Allah bukakan hati anda. kalau anda rasa anda ditegur anda seharusnya rasa bersyukur kerana Allah masih lagi menjaga iman anda. terima kasih.

[4857]

Friday, June 14, 2013

kernaku masih melangkah


semester baru bermula.
Allah, kuatkan langkahku.
perjuangan ini belum bernoktah.
jauhi aku dari rebah.
salam semua.

Friday, April 5, 2013

assalamualaikum.  


masa first time view blog ni. sumpah terkejut yang amat ala2 nak terkeluar biji mata. bila tengok last update kat blog ni masa bulan november tahun lepas. okey guys. this is 2013 anyway. dah bulan 4 pulak tu. ish3~ nampak tak betapa lamanya tu. [padahal ada je yang tak update blog dekat setahun. tak kecoh pun macam kau]  hehe. 



okey, sejak masuk sem baru bulan 12 haritu, memang diakui. sangat2 sibuk. tapi tak sesibuk mana pun sebenarnya. . just memang jarang dah online. takde benda menarik pun. [sebab tula bnyak tertinggal isu semasa] - senyum kambing. perihal sem ni tak macam sem2 yang sudah. agak2 kritikal rasanya keadaan skang ni. dengan carry mark yang ntah ape2. 

membuatkan aku jadi macam ni ------->   
teruk tak dia ni? lagi teruk diri aku kot. hurmm.


now~ i'm in final semester four. long way to go. kan? doakan aku. next week start final exam. tata.

Tuesday, October 2, 2012

KATA LELAKI – WANITA ITU LEMAH




Ujar lelaki, wanita itu lemah
Ujar wanita, mereka adalah lembut
Antara lemah Dan lembut.....

Besar perbezaannya
Namun Ada yang tidak rela mengakuinya
Telah ditakdirkan ...

Kerana lembut , wanita
Tidak gemar perbalahan..

Kecuali jika terpaksa
Lalu wanita pun diam
Diam seolah-olah menerima...
Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan
Dalam diam, wanita terus terusan bekerja
Di pejabat sebagai kerani...di rumah sebagai suri
Dari sebelum tercalit garis putih di subuh hari
Hingga jarum jam tegak bertindih jari

Lelaki yang mengaku kuat, celik mata sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat... di kerusi malas longlai terlentang
Isteri dikatakan lemah...bergelut di dapur memasak
Suami yang mengaku gagah...bersantai di hadapan TV tidak bergerak
Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak
Menyapu sampah,mengemas rumah yang berselerak
Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak
Berehat,menonton TV sambil tergelak

Dalam diam wanita dianggap lemah...terus berlumba dengan masa
Memandikan anak, melipat pakaian dan membasuh baju
Kakitangan semua digerakkan dengan laju
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu
Sebelum solat Magrib untuk sujud...
Menyembah yang Satu
Makanan dihidang selepas solat
Selesai kerja rumah,anak-anak diajar mengaji
Sedang suami tersandar semula seperti tadi
Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji

Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan
Lelaki terpelajar celik hati... Ingin menghapuskan diskriminasi
Lantang membela nasib wanita....
Memberi kesedaran supaya segera bangkit
Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adab tradisi

Hukum agama telah terpapar
Tugas suami mengemas rumah,menjaga anak
Membasuh pakaian,menyediakan makanan
Jika suami tidak terdaya melakukannya
Seorang pembantu wajar disediakan
Lelaki yang hanyut dalam keasyikan
Tidak mampu menerima perubahan
Rela bertahan bagaimana jua
Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati

Dalam diam
Wanita yang sering dianggap lemah
Meneruskan hidup dalam segala 




kekuatan...