Tuesday, October 2, 2012

KATA LELAKI – WANITA ITU LEMAH




Ujar lelaki, wanita itu lemah
Ujar wanita, mereka adalah lembut
Antara lemah Dan lembut.....

Besar perbezaannya
Namun Ada yang tidak rela mengakuinya
Telah ditakdirkan ...

Kerana lembut , wanita
Tidak gemar perbalahan..

Kecuali jika terpaksa
Lalu wanita pun diam
Diam seolah-olah menerima...
Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan
Dalam diam, wanita terus terusan bekerja
Di pejabat sebagai kerani...di rumah sebagai suri
Dari sebelum tercalit garis putih di subuh hari
Hingga jarum jam tegak bertindih jari

Lelaki yang mengaku kuat, celik mata sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat... di kerusi malas longlai terlentang
Isteri dikatakan lemah...bergelut di dapur memasak
Suami yang mengaku gagah...bersantai di hadapan TV tidak bergerak
Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak
Menyapu sampah,mengemas rumah yang berselerak
Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak
Berehat,menonton TV sambil tergelak

Dalam diam wanita dianggap lemah...terus berlumba dengan masa
Memandikan anak, melipat pakaian dan membasuh baju
Kakitangan semua digerakkan dengan laju
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu
Sebelum solat Magrib untuk sujud...
Menyembah yang Satu
Makanan dihidang selepas solat
Selesai kerja rumah,anak-anak diajar mengaji
Sedang suami tersandar semula seperti tadi
Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji

Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan
Lelaki terpelajar celik hati... Ingin menghapuskan diskriminasi
Lantang membela nasib wanita....
Memberi kesedaran supaya segera bangkit
Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adab tradisi

Hukum agama telah terpapar
Tugas suami mengemas rumah,menjaga anak
Membasuh pakaian,menyediakan makanan
Jika suami tidak terdaya melakukannya
Seorang pembantu wajar disediakan
Lelaki yang hanyut dalam keasyikan
Tidak mampu menerima perubahan
Rela bertahan bagaimana jua
Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati

Dalam diam
Wanita yang sering dianggap lemah
Meneruskan hidup dalam segala 




kekuatan...



Thursday, September 20, 2012

sweet tak?


Suami : Assalamualaikum, bidadariku... Tiap hari lepas baca quran mesti sayang bgi laporan berapa juz dah habis. Kenapa semlam tak bagi mesej laporan?

Isteri : Waalaikumussalam. Orang merajuk! :'(
Suami : Laa, kenapa ni?

Isteri : Semalam abang ponteng tahajud. Sayang call kejut abang tak jawab...
Suami : Astaghfirullahal'azim.... Abang penat+malas semalam..

Isteri : Tapi dulu abang dah janji dengan sayang nak masuk syurga sama-sama...
Suami : Betul lah tu.. Hmm abang minta maaf...

Isteri : Bila abang ponteng amal, sayang akan lebih amal, bila sayang lebih, sayang takut syurga sayang lagi tinggi dari abang. Abang duk syurga rendah. Sayang tak mahu berpisah dengan abang. Abang yang janji nak bercinta sampai syurga kan?

Suami : (mengalir air mata) moga Allah ampunkan abang. Abang janji malam ni tak malas-malas lagi..

Sweetnya, bercinta sampai syurga ♥ 

Monday, September 3, 2012

revolusi raya seorang aku

salam alayk~

okey rasanya sekarang dah masuk pertengahan raya kan..tapi masih nak cerita lagi pasal raya..sebab? selagi ada raya,selagi tu la ada cerita raya.. hehe =P tapi apa yang aku nak ceritakan harini, takde kena mengena ngan sesape pun..ini hanyalah sebahagian dari cerita hidup aku..pengalaman aku..jom baca! XD

sewaktu berumur 10 tahun ke bawah
time ni tersangat-sangatlah feel rayanya..pegi mana2 pun confirm akan ada orang bagi duit raya punye..dah nama pun budak kecik..memang ngam la tu kan..dan time ni gak tak pikir pun nak kumpul duit2 raya tu semua..jual beli jajan a.k.a cekedis antara aku dengan taukeh kedai runcit tu sememangnya wajib berlaku! har3~ indahnya hidup XD memang taukeh2 ni suka ngan budak2 kecik tiap kali raya menjelma..tak tahu ke? ==' pastu nak pegi raya rumah sesape pun tak kisah..asal nampak rumah je,serbu..tak kisah la tuan rumah tu kenal kita atau pun tak,yang penting dapat duit raya..ahakz! =D

sewaktu berumur 15 tahun ke bawah
time ni plak dah mula pandai gi jalan2 beraya ngan kawan2..kalau sebelum umur 10 tahun tadi just jalan2 ngan sepupu2..lain plak jadinya untuk usia bawah 15 tahun ni..round je taman perumahan tu naik basikal ngan kawan2..panas terik ke,ape ke..tak peduli..janji happy ^^ tapi time ni of coz la dah cerdik sikit..pegi rumah orang2 yang dikenali je k..uhuk2~

sewaktu berumur 20 tahun ke bawah
ehem! time ni memang around da corner nak masuk usia dewasa la kan..kalau pi jalan raya..orang nak bagi duit raya pun dah segan nak amik..korang rasa tak macam ni? kenapa ek? huhu..pastu kalau naik basikal rasa macam apa je ==' sebabnya member2 lain dah show bawak motor ngan kete..memang menumpang je la kejenya kan..tak join beraya kang rugi..dah la berkumpul setahun sekali..tambah terasa bila masing2 dah further study jauh2..bila lagi nak jumpa? raya ni je la yang dapat..pastu kalau dulu tak peduli pun pasal terik mentari ni semua,tapi sekarang bila nak keluar je,krim uv protection takleh tinggal..memang terasa membesar =='

okey,tu je yang aku nak kongsikan..terima kasih kerana sudi membaca..kalau suka, sila senyum..dan kalau tak suka, sila tekan di sini  ..tata ^^



Tuesday, August 28, 2012

renungan~

Bakal mertua : "Anak makcik belajar tinggi kat oversea dulu. Makcik taknak letak harga. Tapi biarlah berpatutan. Selalunye yang belajar tinggi dalam lingkungan 20ribu. Tapi inilah satu-satunya anak perempuan makcik. Harap faham-fahamlah ye.. ".

Bakal menantu : "Saya paham maksud makcik. Tapi saya harap makcik pun pahamlah ye. Kalau terlampau tinggi, terpaksa ditangguhkan nanti. Biarlah dicepatkan, biar jauh dari maksiat "..

Bakal mertua : "Kalau kamu tak mampu, anak makcik ni bukan tak laku. Ada berderet lagi yang tengah tunggu. Kalau harga rendah, nanti apa pulak orang cakap."

Bakal menantu : "Kalau makcik nak jual anak makcik macam jual kereta, kita buat macam ni. Sekarang jugak saya bayar DOWNPAYMENT 2ribu. Saya bawak balik anak makcik, malam ni saya TEST DRIVE dulu semua.. Kalau barang dalam semua bagus, jangan cakap 10ribu.. 12ribu pun saya berani letak. tapi kalau dah LEMAU, ENJIN pon tak bagus, anak makcik sekali dengan deposit tu makcik boleh simpan!

*perkahwinan tu bukan perniagaan ~

ustaz don sekali lagi ~

salam alayk~
jom kenal sikit pasangan ni ^^
tak tahu la kenapa rasa nak buat post ni..
huhu..




 Ustaz Don

Nama penuh : Don Daniyal Don Biyajid
Umur : 28 tahun
Asal : Gelugor, Pulau Pinang
Kerjaya : Tenaga pengajar Kolej Universiti Islam Selangor
Pendidikan : Sekolah Kebangsaan Kebun Sireh Bukit Minyak, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nibong Tebal, Maahad Tahfiz Pulau Pinang, Maahad Tahfiz Qiraat Shoubro Mesir
Adik beradik : 4 orang (anak kedua)


Husna

Nama penuh : Husna Mohd Zahry
Umur : 24 tahun
Asal : Balik Pulau, Pulau Pinang
Pendidikan : Pelajar tahun akhir Fakulti Perubatan Universiti Cairo, Mesir
Adik beradik : 9 orang (anak keempat)


sumber: http://bulanpurnama89.blogspot.com


Friday, August 24, 2012

jom berdoa !



Allahumma rabbana taqabbal minna salatana wa-siyamana wa-qiyamana wa-takhashshu'ana wa-tadarra'ana wa-ta'abbudana wa-tammim taqsirana Ya Allah Ya Arham al-Rahimin

[O' Allah, our Lord! Accept from us our prayer, our fast, our vigil, our awe and humility towards You, our pleading humbly to You, our worship of You, and perfect our imperfections, O' Allah, the Most Merciful of those who are merciful! Amin!]

Wednesday, August 15, 2012

duhai wanita: layakkah kita?



seorang isteri menangis2 nak mandikan jenazah suami dia.. bapak mertua dgn polis forensik x bagi..sambil menangis isteri berkata ini janji kami suami isteri.. jika abang mati dulu kamu (isteri) mandikanlah jenazah abang, Andai kamu (isteri) mati dulu dari abang, abang akan mandikan jenazah kamu.. dari luar bilik mayat hospital seorang ustaz masuk tanye ape hal then ustaz tu kate x pe kalau isteri nak mandikan jenazah suami.. ustaz tadi bersama beberapa org lagi temankan si isteri mandikan jenazah suaminya.. dengan tenang isteri membasuh muka suaminya sambil berdoa, "Inilah wajah suami yang ku sayang tetapi Allah lebih sayangkan abang.. Moga Allah ampunkan dosa abang dan satukan kite di akhirat nanti.." membasuh tangan jenazah suami sambil berkata "Tangan inilah yang mencari rezeki yang halal untuk kami, masuk ke mulut kami. moga Allah beri pahala untuk mu suami ku.." membasuh tubuh jenazah suami smbil berkata "tubuh inilah yg memberi pelukan kasih syg pd ku dan ank2,moga Allah beri pahala berganda untukmu wahai suamiku" membasuh kaki jenazah suami smbil berkata "dgn kaki ini abang kluar mencari rezki utk kami, berjalan dan berdiri sepanjang hari semata2 untuk mencari sesuap nasi,terima kasih abang...moga Allah beri kau kenikmatan hidup d akhirat dan pahala yg berlipat kali gandanya" selesai memandikan jenazah suaminya, si isteri mengucup sayu suaminya dan berkata "trima ksih abang krana aku bahagia sepanjang mnjadi isterimu dan terlalu bahagia dan trima kasih krna meninggalkan aku bersama permata hatimu yg persis dirimu dan aku sbg seorang isteri redha akn pemergianmu kerana kasih sayang Allah pd mu."





# sumber: muka buku

Thursday, July 26, 2012

senyum tau =)


Andai Suatu Hari Ada Orang Yang Bertanya
Mengapa Kita Tidak Lagi Bersama
Jawablah Bahawa Jodoh Kita Tiada
dan Kita Tidak Pernah Sengketa








Wednesday, July 25, 2012

surah taha: 7

" Dan jika kamu menguatkan ucapanmu , maka sesungguhnya Dia mengetahui rahsia dan yang lebih tersembunyi. "





Penerangan: Tidak perlu menguatkan suara dalam berdoa kerana Allah mendengar semua doa itu walaupun diucapkan dengan suara yang perlahan.

Monday, July 23, 2012

kalau bukan milik kita, tetap bukan milik kita kan?



awak sesuai jadi apa ek untuk saya?

Saya suruh awak jadi MATAHARI saya, tapi bila malam, awak akan hilang, macamana saya nak ucap Goodnight kat awak setiap malam? 

Maka saya suruh awak menjadi BULAN saya, tapi bila pagi awak akan hilang, macamana saya nak ucap Goodmorning kat awak setiap pagi?

Apa kata awak jadi IMAM saya, Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dgn Isyak sentiasa ada untuk ucapkan sayang awak pada saya. Tak termasuk Dhuha lagi kalau saya nak. (◕‿◕)

[copy N paste dari FB]

Friday, June 29, 2012

zaman sekolah rendah '99-'05

salam alayk~

ape kabo kome2 sume? [hancus bahasa=='] sory~ hehe..memandangkan harini bersamaan hari Jumaat plus takde kelas plus takleh balik rumah sebab cuti dibekukan..maka ia adalah satu cuti hujung minggu yang amat membosankan bagi pelajar2 kolej macam saya ni..=) [senyum redha] tiba2 rasa maacam nak share plak pengalaman sekolah dulu2 dengan korang..huhu...okey,kita pergi one by one~



korang penah tak lalui situasi ni? har3~ sumpah rindu T_T teringat dulu..bukan main excited lagi bila nampak lori ni masuk kawasan sekolah..berebut-rebut nak beratur kat depan [walau hakikatnya time tu sampai lambat]..sampai sanggup nak beli air yang kawan dapat tu..yela~ nak ambil lagi sekali mana boleh kan..cikgu jaga ouh..mesti ar dia cam kita..huhu..tapi serius la..air milo kat van ni lagi sedap dari air milo yang dibuat kat rumah..persoalannya KENAPA? ==' sebab free ke? ekeke~







okey~ situasi kedua..gosok gigi ramai2! har3~ bila cikgu kata esok bawak berus gigi,ubat gigi ngan cawan,dalam kepala ni dah set dah..ofcoz la esok tak blajar kan..kan3? [kecik2 dah blajar malas =P ] hehe..beratur duduk tepi longkak tu..pastu ikut demo yang nurse kat depan buat..tak aci ouh, nurse tu pegang model gigi besar ==' kita yang dok tonyoh gigi ni, penat tahu =P ngee~ tapi, apa yang aq dapat dari sini..yang aq masih ingat sampai sekarang ialah kalau kita gosok gigi tu,then berdarah means gusi kita tak sihat..its look simple kan? tapi rasa macam hebat je bila tau pasal benda ni time tu =='





situasi ketiga~ jeng3~ cabut gigi! hehe..bila van kesihatan tu datang, belum apa2 lagi dah kecut perut dulu dah..dan aq mengaku, aq adalah regular customer untuk 'program' ni ==' sedih tahu..dah gosok gigi betul2 pun tapi nama still kena panggil jugak T_T apela nasib..berlubang tampal,berlubang tampal~ habis gigiku >< tapi yang paling tak boleh lupa la kan, masa darjah 5 kalau tak silap..gigi gerahamku habis dikerjakan..sadis kot time tu..kena tunggu lama2..tengok kawan2 yang lain dah siap..mungkin sebab paling kritikal kot nak cabut gigi geraham ni..tu yang dia buat last sekali..pakai benda alah yang ala2 spanar tu..sampai sekarang terasa sakitnya [tipu] =P


okey,rasanya tiga memori ni je yang berjaya menakluk minda aq setakat ni..huhu..korang ada pengalaman yang lebih best tak?



Thursday, June 28, 2012

bersyukurlah~

BUKAN SAJA-SAJA ALLAH meletakkanmu dalam BIDANG itu..
BUKAN SAJA-SAJA ALLAH mengurniakanmu KEPAKARAN itu..
BUKAN SAJA-SAJA ALLAH memberikan UJIAN sebegitu..
BUKAN SAJA-SAJA ALLAH membiarkanmu mengemudi dalam KEADAAN sebegitu..

MELAINKAN ALLAH tahu kamu akan memberikan sesuatu dalam bidang itu..
MELAINKAN ALLAH tahu kamu bakal membiakkan ilmu-ilmu itu..
MELAINKAN ALLAH akan temukan kamu dengan insan-insan ikhlas membantu..
MELAINKAN ALLAH mahu menguatkanmu..
MELAINKAN ALLAH mahu kamu tahu betapa tingginya kasih sayangNYA padamu..

renungan buat PARA PENUNTUT ILMU.. BERHENTI MERUNGUT & MENGELUH, MELAINKAN BERUSAHA TERBAIK & BERSUNGGUH :-)


# copy paste from facebook ^^

Saturday, June 23, 2012

Saff One - Perlukah Aku Khabarkan

Lihat pada permukaan nampaknya terlalu tenang
Tapi di dalam hati yg terpendam persoalan

Perlukah aku khabarkan yg ku alami
Apakah akan terjawab semua
Perlukah aku bukakan keaibanmu
Semuanya terletak dalam hati kecilku

Segala kebenaran atau penjelasanku
Mempunyai berbagai tafsiran tersembunyi

Ku mohon padaMu Tuhan berikanlah kekuatan
Untukku menghadapi semua ini

Tuhan ku terus berserah berikan aku hidayah
Agar tidak tersalah dan tersilap langkah..

In-Team - Setanggi Syurga

Percaya kata janjiMu 
Kerna ku yakin apa di genggamMu 
Keharuman setanggi syurga 
Bukan kilauan sebilah belati 

Tersiksa jiwa merindu 
Bagai terkurung dibasah tengkujuh 
Kewangian aroma bunga 
Tak menggugah keteguhan iman 

Cinta tak pernah terbunggar dan terlebur 
Pada redup renung mata yang menipu 
Tuntas ku mendaki 
Puncak cinta teragung 

Izinkan aku melafazkan kata 
Bicara hati yang mudah diterjemah 
Betapa aku gerun pada teduh untuk bernaung 
(Kerna awan itu rapuh) 

Bahagia buat mereka 
Yang bertemu cinta yang teragung 
Yang membawa ke syurga hakiki dan abadi 

Dendam tak marak menyala dan membakar 
Oleh putih salju yang berguguran 
Kerna dosa itu 
Lebih hitam dan kelam 

Ku anyam rindu menjadi hamparan 
Kerna ku pasti adanya pertemuan 
Di sana nanti bukti cinta suci dilafazkan 
Tak bertemu pengucapan 

Percaya kata janjiMu 
Kerna ku yakin apa di genggamMu 
Keharuman setanggi syurga 
Bukan kilauan sebilah belati 

Kata janjiMu... 
Seharum setanggi syurga

7 sikap PEREMPUAN mengikut CARA BERJALAN

1. Kelihatan Seperti Tidak Memijak Tanah


Golongan wanita yang jalannya berginjat, wanita ini kononnya bersifat tidak jujur, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbual. Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya. Dan yang lebih parah, wanita ini biasanya seorang yang boros atau suka membazir tanpa berfikir sebelum berbelanja. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.




2. Sering Menoleh Ke Kanan Dan Kiri


Wanita yang berjalan seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita yang berjalan seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Kononnya wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.




3. Suka Menunduk


Wanita seperti ini katanya memiliki sifat yang tertutup. Dia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditawan hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan percintaan. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hatinya, dijamin lelaki itu akan beroleh kebahagiaan. Ini kerana, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.




4. Berjalan Menatap Lurus Ke Depan


Mereka yang berjalan seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, dan bukannya mudah hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meskipun pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jadi tak hairanlah kalau wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.




5. Badan Bergerak ke Kanan dan Kiri


Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian selalunya bersikap tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia menganggap itu sebagai perkara kecil. Walhal masalah itu sebenarnya agak rumit dan memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.




6. Badan Nampak Tegak


Wanita ini tegas dalam menentukan sesuatu. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya selalu serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Dan yang menarik tentang wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa menghilangkan sifat-sifat romantiknya.




7. Berjalan seperti Zirafah


Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika berbual dengan wanita seperti ini sedikit sebnayak kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.
Panduan ini bukanlah semata mata hanya berguna untuk lelaki tapi boleh jugak di jadikan peringatan kepada wanita wanita diluar agar berjalan dengan sopan. Macam biasa, tip ini hanya panduan bukan semestinya betul dan setiap individu adalah berlainan. Sekian. Wallahualam.


# copy N paste dari blog mAcAm-mAcAm CERITA =)

Monday, June 18, 2012

what is love ?

Are your palms sweaty, is your heart racing and is your voice caught within

your chest??

-it isn`t love, it`s like.




You can`t keep your eyes or hands off of them, am I right??

-it isn`t love, it`s lust.


Are you proud, and eager to show them off?

- it isn`t love, it`s pride.


Do you want them because you know they`re there??

-it isn`t love, it`s loneliness.


Are you there because it`s what everyone wants??

-it isn`t love, it`s loyalty. 




Are you there because they kissed you, or held your hand??

-it isn`t love, it`s low confidence.




Do you stay for their confessions of love, because you don`t want to hurt

them??

-it isn`t love, it`s pity.




Do you belong to them because their sight makes your heart skip a beat??

-it isn`t love, it`s infatuation.




Do you pardon their faults because you care about them??

-it isn`t love, it`s friendship.




Do you tell them every day that they are the only one you think of??

-it isn`t love, it`s a lie.




Are you willing to give all of your favorite things for their sake??

-it isn`t love, it`s charity.




Does your heart ache and break when they`re sad??

-then it`s l o v e.




Do you cry for their pain, even when they`re strong??

-then it`s l o v e.




Do their eyes see your true heart, and touch your soul so deeply it hurts??

-then it`s l o v e.




Do you stay because a blinding, incomprehensible mix of pain and

relation pulls you close and holds you there??

-then it`s l o v e.




Do you accept their faults because they`re a part of who they are??

-then it`s l o v e.




Are you attracted to others, but stay with them faithfully without regret??

-then it`s l o v e.




Would you give them your heart, your life, your death??



Tuesday, May 29, 2012

> > > bercuti

salam alayk~


> ituari gi bercuti
> kat grand lexis, port dickson
> pak long bawak
> 3hari 2malam kat premium pool villa [jenis bilik]
> ada bnyak jenis selain premium pool villa ni..contohnya deluxe pool villa,executive pool villa,garden pool villa dengan grand garden pool villa..
> nak yg best, keluar la duit lebih sikit..memang lumrah pun kan =='
> ada gmbar2 yang aq snap..mana tahu kot2 ada di antara korang yg nak pegi..aq boleh la mintak share dengan pihak grand lexis sebab tolong promotekan,kan? har3~





ni bangunan dia..ada 2 bangunan macam ni..satu lexis..satu lagi grand lexis..jangan tanya aq apa beza dia..sumpah aq tak tahu =P




ni kira macam ruang tamu kot..yang korang nampak petak yang tak memasal kat atas lantai tu, tu boleh tengok air laut kat bawah bilik ni..k, tu je ^^




ni kira dapur dia la..benda yang aq obses [selain homesoy] ada dalam kotak coklat tu..[korang nampak tak?] krimer! krimer! ahakz! XD




ni bahagian basah2 la ni..satu pintu tu toilet, satu lagi pintu bathroom =P




ni yang paling best ! pool dalam bilik korang je..bagi wanita [ehem!] macam aq ni, boleh mandi tanpa perlu memikirkan swimming suit yang sesuai..sukati la nak mandi siang ke malam, takde sapa kacau pun..huhu..






>gamba2 dalam ni diambil menggunakan kamera cikai2 cap ayam..jadi tak perlu la kalian mempersoalkan kejelasan dan keseimbangan angle2 nyer..harap maklum XD
>sesiapa yang nak tahu lebih lanjut pasal hotel ni, boleh la tengok2 page ni GRAND LEXIS

> k,tu je yang dapat aq sumbangkan..ahaha..jumpa lagi..daa~

Wednesday, May 23, 2012

keOBSESanku ~

salam alayk~
semenjak dua menjak tiga menjak ni..
aq rasa macam aq obses kat something..
kalau boleh tiap2 hari nak..
tak dapat sehari rasa macam GRRR je [mintak tolong jangan salah tafsir keyh]..
korang rasa ape?
hahahaha ~
ni haa..


sehari mau sekotak habis =='
tak pasal2 peniaga tu untung besO..
okey,tu je..
tata~


# artikel ini ditulis bagi menghilangkan kebosanan si penulis..
sila datang lagi XD

Sunday, May 20, 2012

...[3]

don't put your hopes up too high.
don't expect too much.
because the higher you are, the deeper you might fall.

Friday, May 11, 2012

lagu Bawaku Pergi bawa pengaruh negatif ?


salam alayk~

okey, aq tahu ada dikalangan korang2 semua dah tahu pasal isu ni..hurmm..sebenarnya aq dah banyak kali jugak dengar lagu ni..tapi tak pernah pulak terlintas dalam kepala ni nak dengar lirik dia satu2 ==' bila adik aq bagitau aq pasal lagu ni tadi, aq terkejut jugak [okey,adik aq yg 12 tahun tu tahu dulu]..dia cepat2 buka youtube nak bagi aq bukti..har3~ dan seperti yang dikatakan tiada yang benar melainkan yang benar2 belaka..huhu,,emang dasar betul ~ ada ke pengaruh orang suruh lari rumah..siap pesan tolong jangan bilang mama ngan papa plak tu..pastu jangan lupa bawak buku merah lagi..buku merah tu bukan pasport ke? pastu siap suruh make sure tak tamat tempoh lagi..grr~ 

rentak lagu dia best sebenarnya..aq tak nafikan..tapi tu lah..hurmm~ eh, korang tengok la sendiri lirik dia ni..selamat mendengar dan harap tak terpengaruh ==' brr~


bawaku pergi - zizan feat kaka

bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

tengah malam nanti
tolong jangan lupa
jangan mungkir janji
aku dah teruja
sudah cukup lama
aku tunggu saat ini
sejak kali terakhir kau hantar pulang
hidup sungguh sepi
tolong jangan bilang mama
tolong jangan bilang papa
malah jangan bilang teman karibmu
jangan bilang sesiapa

oh, buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh, ayuh

bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

mata dalam kaca, topi berceloreng
sarung tangan hitam, atas muka ada topeng
hanya perlu siul, tidak tekan loceng
hero sudah sampai, cepat terjun dari loteng
kita terus ke sempadan aku pacu, engkau bonceng
bawa bekal air muka cuci aib bopeng
lari dari kewajipan, tanggungjawab ponteng
lari dari kenyataan, mula kisah dongeng

tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
lari-lari baling bola salji depan gua
sambil cari yeti kita boleh cari (what?)
tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
lari-lari baling bola salji depan gua
tidak jumpa yeti moga-moga jumpa syurga

bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

bila kita pergi
apa kan berlaku
siapa kan peduli
siapa ambil tahu
hidup kita tempuh
untuk apa saja
tidak kira mana kembara membawa
kita kan bersama

oh, buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh, ayuh

bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali


ni ada lagu dia sekali..tapi dah siap lirik dah pun sebenarnya..huhu..