assalamualaikum.
mohon ditetapkan hati dan dikawal nafsu ini. tujuan entri ni ditulis bukan untuk menyakiti atau disakiti. tapi cukuplah kalau saya cakap, saya perlu cakap.
apa anda rasa kalau ada someone yang masih lagi ingat pada tunang/suami anda sedangkan kisah mereka sebenarnya telah berakhir lama sebelum anda mengenali tunang/ suami anda tu? disini terdapat beberapa jawapan saya bagi mewakili pemikiran anda.
pertama:
perempuan tu tak tahu malu sebab nak orang yang dah taknak kat dia. merujuk persoalan tadi, contoh situasi, perhubungan tunang/suami anda itu telah tamat dengannya sebelum perhubungan antara anda dan tunang/suami anda terjalin. jadi permasalahannya disini, pasti ada sesuatu yang berlaku antara mereka sebelum tunang/suami anda itu mengambil keputusan untuk memilih anda sebagai penggantinya. jadi persoalan si ex mencari semula tunang/suami anda itu tidak patut wujud seandainya si ex tahu bahawa tunang/suami anda itu telah pun diiktiraf secara logiknya menjadi milik anda. apa yang berlaku sekiranya si ex masih lagi tidak faham? DOAKAN. yes, itu yang terbaik. kerana hati itu milik Tuhan. Tuhan jugalah yang membolak-balikkan hati. mohon si ex sedar kenyataan.
kedua:
rasa bangga. kerana apa saya menyatakan sedemikian ialah kerana anda telah pun memiliki tunang/suami anda itu dengan cara dicari dan bukannya mencari seperti si ex itu tadi. konsepnya di sini pastikan anda dicari, bukan mencari. post ni sesuai untuk kaum wanita sebab wanita ada harga diri. tak perlu terhegeh-hegeh pada yang tak sudi. teringat kata2 seorang ustaz bila menulis prinsip ni.
ketiga:
rasa tak patut. adakah anda yang menjadi penyebab hubungan mereka terputus sedangkan hubungan antara mereka telah pun tamat sebelum hubungan antara anda dan tunang/suami anda itu terjalin lagi? jawapannya sudah tentu tidak. jadi mengapa anda diganggu sedangkan sebelum ini anda tidak pernah mengganggu hubungan mereka berdua? jawapannya ada pada si ex. mohan Tuhan bukakan mata hatinya bahawa pemusnah takkan boleh hidup tenang.
ada tiga jawapan dari pihak saya untuk mewakili jawapan anda. saya juga manusia seperti anda. ada hati, ada perasaan. jangan buat perkara yang orang tak suka jika anda tak mahu orang buat perkara yang anda tak suka. itu sahaja nasihat saya. kepada anda yang masih lagi stalker page saya atau sebagainya, mohon berhenti berbuat demikian kerana menyakiti hati sendiri itu merupakan perkara yang dibenci Tuhan. mohon Allah permudahkan urusan saya dan anda. mohon Allah bukakan hati anda. kalau anda rasa anda ditegur anda seharusnya rasa bersyukur kerana Allah masih lagi menjaga iman anda. terima kasih.
[4857]
Hrm....banyakkan besabar yer
ReplyDeletethanks :)
ReplyDeleteAllah ada. sy tak lupa.
hmm ..jika dia baik utk awak dunia dan akhirat, in shaa allah akn bersatu juga ^^
ReplyDeletestay strong ! and keep ur dua =D
inshaAllah. thanks atas nasihat. mohon Allah kuatkan.
ReplyDelete